Op Cantas Khas 2 : 1,444 suspek ditahan termasuk 115 ahli kongsi gelap

Menurut laporan Utusan Malaysia, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tangkapan tersebut adalah hasil pemeriksaan terhadap 33,684 orang di seluruh negara.

Menurutnya, dalam operasi tersebut, turut dirampas adalah enam senjata api dan 54 senjata berbahaya termasuk pisau, parang, pedang dan kuku kambing.

Kita juga berjaya menahan ketua serta orang-orang kanan geng kongsi gelap dan operasi ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membendung gejala gengsterisme dalam kalangan masyarakat, katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. – Utusan Malaysia

Related Articles