Nurul Izzah hadir beri keterangan kepada polis

Beliau hadir memberi keterangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira pukul 2 petang dan selesai dalam tempoh setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, Nurul Izzah bagaimanapun tidak menjelaskan punca dipanggil memberikan keterangan kecuali menyatakan ia mempunyai kaitan dengan satu program ceramah anjuran AMANAH di Sekinchan semasa kempen PRK itu.

“Mereka (polis) menanyakan soalan (kepada saya) mengenai program ceramah semasa PRK Parlimen Sungai Besar yang dianjurkan oleh PAN pada Jun lalu. Ada laporan polis dibuat mengenai perkara itu.

“Saya tidak pasti sebab apa. Mereka tidak jelaskan secara terperinci kepada saya. Ia berkaitan dengan ucapan yang dibuat semasa program ceramah itu, itu sahaja. Saya dimaklumkan semua yang bercakap dalam program ceramah itu diminta memberikan keterangan,” katanya.

Selain Nurul Izzah, turut memberikan keterangan ialah Pengerusi AMANAH, Mohamad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim.

Related Articles