Nurshakinah ditemui selamat

Demikian luahan Naim Awang, 46, sebaik sahaja dapat bercakap sendiri de­ngan anaknya, Nurshakinah selepas gadis itu selamat pulang ke rumah sewanya di Perancis pada Khamis.

Dia menceritakan, seorang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Perancis te­lah menghubunginya untuk memaklumkan penemuan anaknya itu pada pukul 5.39 petang Khamis.

“Bagaimanapun, maklumat lain me­ngenai penemuan Nurshakinah selepas dilaporkan hilang sejak seminggu lalu tidak dinyatakan,” katanya, memetik laporan Kosmo Online.

Menurut Naim, dia berasa sangat sebak apabila dapat mendengar suara Nursha­kinah menerusi panggilan telefon tetapi gadis itu hanya memanggilnya ‘ayah’ sambil menangis.

Selain itu, isterinya, Nor Halizah Ahmad, 44, yang rapat dengan Nurshakinah juga sempat bercakap dengan anaknya itu.

Katanya, Nurshakinah memberitahu ibunya bahawa dia selamat dan sihat.

 

Related Articles