Beliau bagaimanapun mengaku tidak berniat sedemikian sebaliknya mendakwa kenyataan sudah disalah tafsir oleh media termasuk media sosial.
Beliau berkata, sebagai seorang suami dan bapa, beliau memohon maaf kepada Mastura, anak -anaknya dan semua ahli keluarganya sekiranya terguris dan terhina bertepatan semangat dan roh Ramadan.
“Permohonan kemaafan tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya yang amat bersimpati dengan ketentuan Ilahi menimpa Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
“Sebagi seorang suami dan bapa, saya juga dapat menjiwai dan merasakan kesedihan yang teramat sangat yang ditanggung oleh seisi keluarga Allahyarham” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Kangsar, hari ini.
Bagaimanapun, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak berkata, kenyataannya itu diputar belit dan dipetik di luar konteks keseluruhan ucapannya dan tiada niat menghina atau berandaian negatif terhadap keluarga Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar.