“Daripada mula pembelian tanah tersebut adalah berdasarkan komersial..kita buat penilaian dari segi jangka masa panjang.
“Sekarang juga kita ada tawaran yang tinggi, tetapi kami tidak mahu menjualnya kerana kami percaya dengan penghasilan nilai jangka panjang daripada pelaburan itu (tanah di TRX),” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah kepada pemberita selepas majlis pelancaran yayasan Tabung Haji di Kelana Jaya, pada Selasa.
Majlis tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tabung Haji membeli tanah seluas 0.631 hektar itu pada harga RM188.5 juta iaitu RM2,773 bagi setiap kaki persegi.
Johan berkata, setakat ini Tabung Haji sedang berbincang dengan beberapa firma arkitek untuk konsep serta perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di tanah tersebut. – Bernama