NGO hantar memorandum bantah pelaksanaan GST

by SM Amin

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard berkata, pihaknya menghantar memorandum tersebut bagi mempertikaikan mengenai pengurusan dan penggunaan cukai tersebut.

“Sebelum pelaksanaan GST pelbagai perkara kepada rakyat supaya tidak membantah pelaksanaan cukai tersebut. Namun ia berlaku sebaliknya.

“Rakyat telah melihat kesan daripada pelaksanaan itu menerusi kenaikan harga barang, pelupusan subsidi, kenaikan tambang pengangkutan awam, kenaikan harga rumah dan kenaikan harga tol,”katanya yang mempersoalkan dimana janji kerajaan sebelum pelaksanaan cukai tersebut.

Beliau yang membuat penyerahan memorandum bantahan tersebut kepada Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdul Gani Othman di Ibu Pejabat Kastam Eksais DiRaja, di sini, sebentar tadi.

Walaupun, terdapat sedikit pertikaian mengenai memorandum yang dihantar kerana bertarikh pada tahun lalu, namun pihak kastam menerima memorandum bantahan tersebut.

Related Articles