Nelayan ditembak di perairan antarabangsa, kata polis

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang juga juragan sebuah bot pukat tunda yang dikenali sebagai Ladino Larahima, 51, dan rakannya yang sedang menangkap ikan telah didatangi empat individu yang seorang daripadanya mempunyai senjata laras panjang.

“Suspek telah melepaskan beberapa das tembakan dan mengenai mangsa. Sejurus selepas tembakan itu, rakan mangsa bertindak memotong tali pukat tunda mereka dan mengambil alih bot itu sebelum melarikan diri ke perairan negara,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan di tangan, bahu dan dada itu kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan dilaporkan berada dalam kedaan stabil.

“Maklumat awal yang kita terima mendapati mangsa dan rakannya merupakan warga Indonesia dan mempunyai pasport serta pas kerja yang sah,” katanya.

Salehuddin berkata berikutan kejadian itu, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Kertas Enkuari Polis.

“Kita akan menjalankan siasatan daripada semua aspek bagi mengenal pasti motif kejadian. Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina,” katanya.— Bernama

Related Articles