Nazir bercuti, bolehkan siasatan pemindahan AS$7 juta

Perkara itu dimuatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun rasmi Instagramnya hari ini, yang menyifatkan ia sebagai “class act”.

“Langkah itu diambil atas amalan tadbir urus korporat yang baik serta keterlusan.

Kumpulan CIMB mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-59 hari ini dan Nazir turut hadir (pada mesyuarat itu).

Sejumlah AS$7 juta itu dilaporkan diterima daripada abangnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk dipindahkan kepada ahli politik parti pemerintah.

Pada rehat tengah hari, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diurusniagakan. – Bernama

Related Articles