Menurut beliau, kisah viral itu boleh menjadi contoh kepada ramai graduan-graduan universiti yang bercita-cita untuk menjadi usahawan.
“Nasi lemak anak dara sudah viral, di Shah Alam.. yang diusahakan oleh seorang graduan muda dari universiti tempatan. Kesian dah kena saman pula.
“Dan kita galakkan individu-individu terutama para graduan untuk menjadi usahawan didoakan agar terus berusaha dan berjaya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat.
Sebelum ini, nasi lemak anak dara menjadi sebutan ramai apabila kisahnya menjadi viral ekoran disaman oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Kisah anak muda itu juga turut menarik perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan melawat gerai Siti Hajar Ahmad, 24 di Shah Alam.
Kunjungan Azmin adalah sebagai tanda sokongan kepada Siti Hajar yang menjalankan nasi lemak bagi menampung kehidupannya selepas tamat pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik.
Azmin turut menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA sebagai langkah permulaan kepada anak muda untuk menjalankan perniagaanya secara sah.