22
Dakwaan itu menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsup sejak minggu lepas.
Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D.Murugan, 47, berkata beliau kecewa dengan pihak yang memfitnah restoran berkenaan sedangkan 25 cawangannya mempunyai sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Sebelum ini, tersebar gambar di media sosial mengenai pemilik syarikat berkenaan yang dikatakan beragama Hindu dan melakukan pecah tanah pembinaan sebuah kuil hingga menimbulkan pelbagai tanggapan di kalangan pengguna termasuk pelanggannya.