Beliau berkata demikian ekoran yakin bahawa kemerosoton nilai ringgit pada ketika ini bukanlah berpunca dari kelemahan negara sebaliknya adalah disebabkan ketidaktentuan di Amerika Syarikat.
Katanya, keyakinan itu juga didorong oleh kenaikan harga komoditi seperti sawit dan getah selepas lawatannya ke China, baru-baru ini.
“Dalam masa tiga bulan selepas lawatan saya ke China, harga sawit meningkat daripada RM2,300 satu tan sebelum pergi (China), kepada RM3,002 satu tan ketika ini, selain kenaikan harga getah RM4 sekilogram berbanding kita-kira RM1.50 ke RM1.60 sekilogram.
“Nilai ringgit juga saya yakin boleh pulih kerana (kemerosotan) yang berlaku ketika ini adalah disebabkan spekulasi orang luar dan ketidaktentuan di AS, bukan kelemahan kita,” katanya ketika ditemui di Seminar Jati Diri dan Memperkasa Institusi Penghulu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.