Najib, Trump setuju kukuhkan lagi hubungan KL-Washington

Dalam catatan beliau menerusi laman Facebooknya, Najib berkata, beliau telah berbual dengan Trump menerusi telefon awal hari ini dan perbualan antara kedua-dua mereka adalah amat mesra dan produktif.

“Antara lain, perbualan kami menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangan beliau dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Amerika Syarikat-Malaysia,” kata Najib dan menambah ia merupakan ‘peluang terbaik’ dapat menghubungi Trump selepas kemenangan besarnya.

Trump, 70, calon dari Parti Republikan menewaskan lawannya dari Parti Demokrat, Hillary Clinton dalam pemilihan presiden awal bulan ini untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45. – Bernama

Related Articles