Najib tidak goyah – Tun Mahathir

Bagaikan sudah mengaku kalah, beliau berkata walaupun gagal untuk menumbangkang Perdana Menteri, namun, cukuplah sekadar memberi isyarat bahawa rakyat tidak menyukai kepemimpinan yang ada kini.

Dr Mahathir berkata deklarasi itu dilaksanakan untuk mendapatkan empat juta hingga lima juta tandatangan dari rakyat.

Beliau berharap melalui deklarasi itu juga ia dapat memberi isyarat kepada Majlis Raja-Raja mengenai kedudukan Najib dalam masyarakat.

“Kita juga mahu Majlis Raja-Raja sedar rakyat tidak menyukai Najib.

“Kita sedar deklarasi ini tak dapat jatuhkan Najib,” katanya berucap dalam program di Pekan Manong pada Khamis.

Sebelum ini jumlah tandatangan yang dikumpul oleh Dr Mahathir bagi deklarasi itu dikhuatiri ada unsur penipuan apabila beberapa individu tampil mendedahkannya.

Malah beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga turut mengemukakan laporan polis berhubung pembohongan dalam mendapat tandatangan bagi deklarasi rakyat.

Related Articles