Najib nafi jual negara kepada China

Najib sebaliknya berkata, projek-projek infrastruktur berkenaan akan kekal milik Malaysia dan dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

“Kelihatan ada yang seolah-olah tidak menyambut baik pelaburan dalam ekonomi Malaysia, dan seolah-olah tidak mahu yang melihat peluang pekerjaan, kemahiran dan peningkatan dalam kehidupan orang ramai .

“Ada yang mendakwa bahawa Malaysia sedang dijual. Ini tidak masuk akal dan adalah palsu,” kata Najib dalam satu kenyataan, hari ini.

Sepanjang lawatannya itu, sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan China yang membawa jumlah pelaburan sebanyak RM143.64 bilion.

Selain itu, Malaysia dan CHina turut memeterai 16 perjanjian dan MoU antara kerajaan dengan kerajaan.

Ini, kata Najib mengambarkan keyakinan kedua-dua negara dalam ekonomi satu sama lain serta hubungan baik dan kepercayaan, yang dibina antara China dan Malaysia.

Related Articles