Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Najib memberitahu demikian pada pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah termasuk Adun dan ahli Parlimen di TH Hotel & Convention Centre di Alor Setar pada Selasa.
“Amanat Perdana Menteri suruh kita (UMNO Kedah) bersiap sedia kerana kerja yang lebih ‘besar’ sudah pun dekat.
“Jadi, persiapannya semua peringkat parti kena turun bawah, kena turun ke Pusat Daerah Mengundi (PDM), masuk ke cawangan-cawangan dan memastikan untuk perkemas daftar pemilih untuk mendapat pengundi baharu.
“Yang penting, kita wajib pertahan kerusi yang ada baik di peringkat Dun dan Parlimen dan selain itu, pada masa yang sama untuk menambah lagi kerusi.
“Ini adalah maruah kita untuk pertahankannya dan untuk memastikan parti bunga (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak mendapat tempat di negeri ini,” katanya. –Tamil Malar