Najib lancar Pelan Pembangunan Kebangsaan Masyarakat India

Najib yang juga Pengerusi BN berkata selaras dengan pewujudan pelan hala tuju itu barisan sekretariat yang kukuh akan ditubuhkan bagi memastikan segala perancangan yang digariskan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Pelan hala tuju itu akan menjadi dokumen yang akan dikemas kini. Ia merangkumi semuanya. Kita akan mewujudkan satu barisan sekretariat yang kukuh.

“Sebelum ini wujud masalah pelaksanaan yang mana ada keputusan yang saya buat tetapi tidak dapat ditentukan, susah untuk dilaksanakan, ada pengunduran.

“Sebab itulah kita perlukan sekretariat kukuh, jadi kita boleh melaksanakan sehingga selesai dan yakinkan sistem itu supaya ia tidak mengganggu keputusan yang kita buat. Saya kecewa sebab keputusan yang saya buat (sebelum ini) tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-70 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Timbalan Presiden Datuk Seri S.K. Devamany, Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S.Samy Vellu, Yang diPertua Dewan Negara Datuk S.A Vigneswaran dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. — Bernama

Related Articles