Najib, berhenti terbang, kata MP Kuala Terengganu

Beliau berkata, ketika rakyat biasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan banjir yang melanda, Najib dan keluarganya pula bercuti dengan menggunakan jet kerajaan.

“Sementara rakyat muram dan berjimat cermat dengan naiknya harga petrol di ambang tahun baru, perdana menteri diberitakan terbang dengan keluarga bercuti menaiki jet mewah kerajaan menjelajah Australia.

“Saya tidak menafikan bahawa Najib mempunyai hak untuk bercuti, tapi ini bukan masa yang tepat,” katanya. -Makkal Osai

Related Articles