Murid tahun dua dirantai ibu

Tindakan tersebut mengundang kemarahan orang ramai termasuk netizen dan susulan itu, ibu kanak-kanak terbabit telah ditahan polis atas laporan orang awam.

Menurut seorang saksi yang enggan mendedahkan identiti, perkara berkenaan bukan kali pertama terjadi terhadap kanak-kanak tersebut.

“Kalau saya tak silap, ini adalah kali ketiga budak itu dirantai dengan rantai besi. Kali ini kerana budak itu dirantai kerana tidak menghadiri kelas tambahan.

“Sudah banyak kali saya cuba menasihatinya tetapi ibu tersebut enggan mendengar nasihat. Manakala, ayahnya pula takut dengan isteri beliau,” kata saksi memetik laporan Berita Daily.

Tambahnya, murid tersebut juga merupakan anak tunggal kepada ibunya yang berusia 31 tahun yang tinggal di Sunway Perdana.

Difahamkan ibunya merantai murid tersebut di tiang lampu bersebelahan parkir di pangsapuri kediaman mereka.

“Budak itu juga tidak layan dengan baik oleh ibunya, malah pernah dipukul di kalayak ramai beberapa kali,” tambah saksi itu lagi.

Related Articles