Mukhriz masih tunggu tindakan Umno

Beliau yang juga angota Majlis Tertinggi Umno bagaimanapun berkata, tiada sebarang makluman daripada pihak pengurusan parti berhubung perkara itu.

“Saya masih menunggu keputusan mereka,” itu katanya, pada Jumaat, di Ipoh bersempena Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat.

“Saya masih tunggu. Mereka kata ianya adalah untuk kepentingan parti,” kata Mukhriz.

Beliau turut mengharapkan agar tindakan yang diambil terhadapnya selaras dengan Perlembagaan parti dan bukannya semata-mata Majlis Tertinggi.

“Apa pun saya harapkan apa juga tindakan yang diambil kelak, ianya perlu berpandukan kepada perlembagaan parti.

“Mereka tak boleh kenakan tindakan hsnya berdasarkan kepada Majlis Tertinggi semata-mata,” katanya.

Beliau juga berkata, Umno perlu menjalankan siasatan rapi dan memanggilnya untuk membela diri sebelum sebarang tindakan diambil.

“I yet to be call. Mereka pun tak boleh buat keputusan dengan hanya libatkan ahli-ahli parti,” katanya.

Related Articles