Muhyiddin selesai serah borang BERSATU, harap segera lulus

Ditemui di perkarangan bangunan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) di Putrajaya hari ini, beliau berkata bahawa segala yang diatur berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, saya telah pun menyerahkan dokumen permohonan pendafatran Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau pendekknya BERSATU kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada RoS yang beri kerjasama baik kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau mengharapakan agar permohonan pendaftaran ini mendapat kelulusan segera dari pihak yang sewajarnya.

“Selaras dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata tiada masalah untuk mendaftarkan parti baru, saya harap ini dapat kelulusan segera,” katanya lagi yang merupakan Presiden parti baru itu.

Menurut Muhyiddin lagi, parti berkenaan diharapkan dapat menjadi wadah untuk memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Malah beliau turut menyeru untuk masyarakat yang mempunyai semangat memperjuangkan hak bersama untuk menyertai parti tersebut.

Related Articles