Muhyiddin rangka strategi tarik pengundi India

Terdapat beberapa parti yang mewakili kaum India dan masyarakat India juga berpisah antara satu sama lain.

Dalam PRU-14, bagi memastikan kaum India mengundi partinya, Muhyiddin dikatakan merangka beberapa strategi.

Beliau kini kerap mengadakan perbincangan dengan ahli politik termasuk ahli politik India.

Beliau juga dikatakan melakukan pelbagai usaha untuk menarik lebih ramai pengundi India.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga sedar mengenai konflik dalam MIC ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Timbalan PM dan turut mengambil beberapa inisiatif untuk menyelesaikan isu MIC sebelum ini.

Beliau juga ingin mewujudkan sebuah parti India baharu untuk bertanding dalam PRU-14. – Makkal Osai

Related Articles