Muhyiddin dan Mukhriz akan dihukum

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu dan bekas Menteri Besar Kedah berkenaan boleh digantung atau dipecat dari parti.

Bagaimanapun Tengku Adnan berkata, keputusan akhir membabitkan tindakan ke atas dua individu itu hanya boleh diputuskan Lembaga Disiplin UMNO.

“Kita tunggu saja mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang. Kita juga sudah menghantar semua laporan kepada jawatankuasa disiplin parti.

“Mereka jelas duduk di pentas pembangkang. Kalau tidak suka UMNO, mereka perlu keluarlah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Wilayah Persekutuan.

Related Articles