MRT catat 1.2 juta pengguna dalam tempoh sebulan

Ketua Pegawai Operasi MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang, Muhammad Isom Azis berkata, jumlah berkenaan dicatatkan dalam tempoh sebulan menerusi perkhidmatan yang diberikan secara percuma.

“Secara purata, jumlah penumpang adalah seramai 27,000 sehingga 30,000 sehari,” katanya pada sidang media di Stesen MRT Sungai Buloh pada Selasa.

Perkhidmatan membabitkan fasa pertama antara stesen Sungai Buloh-Semantan melibatkan 12 hentian sejauh 21 kilometer itu mula dibuka pada 16 Disember lalu dengan tambang percuma termasuk bas pengantara selama sebulan.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Perkhidmatan MRT mula dikenakan bayaran kepada orang ramai pada Selasa

Related Articles