Permohonan maaf itu dilakukan Nawawi setelah menerima kecaman dari banyak pihak termasuk Majlis Kerabat Diraja Kedah yang melihat tindakan Nawawi mengheret Agong sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
“Penyataan mohon maaf ini dibuat atas kesedaran dan tanggungjawab saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengen kerelaan hati saya sendiri.
“Sesungguhnya patik tidak berniat untuk mengaitkan DYMM Tuanku dengan isu tersebut, tetapi ianya menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang patik cuba nyatakan,” katanya melalui satu rakaman video yang dimuatnaik di laman sosial Facebooknya hari ini.
Beliau memohon maaf ekoran menyebabkan kekeliruan dengan istilah MO1 yang merujuk kepada Malaysia Official Number 1 yang dikaitkan dengan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Patik sebagai rakyat bawahan Negeri Kedah dan Malaysia menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengna ketinggian ketaatn yang tiada bandingannya dan amat menyesal dengan apa yang telah berlaku.
“DYMM Tuanku adalah suci bersig dari segala hal ehwal pergolakan politik rakyat jelata dan tiddak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ dan 1MDB,” tambah beliau lagi.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memohon maaf kepada Majlis Kerabat Diraja Kedah di atas kekeliruan yang berlaku dan berjanji untuk tidak mengulanginya.
“Semua kekeliruan yang berlaku ini adalah disebabkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau parti atau lain-lain pihak.” katanya.
Nawawi sebelum ini memuat naik status di laman Facebooknya menyatakan Yang di-Pertuan Agong ialah MO1 bertanggungjawab terhadap kerajaan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
DOJ menyebut MO1 dalam laporan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Berikut adalah pautan video sidang media Nawawi memohon maaf kepada YDP Agong:
https://www.youtube.com/watch?v=hQo4JxLj1Z0&feature=youtu.be