Mokhzani lepas jawatan pengerusi SIC

Perkara itu diumukan melalui kenyataan media pada Khamis dengan berkata Mokhzani merasa bangga dan istimewa kerana diberi peluang untuk bersama-sama kumpulan SIC membentuk litar antarabangsa itu dalam melahirkan minat rakyat Malaysia terhadap arena permotoran negara selepas 13 tahun menerajui litar antarabangsa negara itu.

Beliau yang yang merupakan anak kedua kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyertai SIC sejak 2003 turut berkata, litar itu juga telah berjaya menjadi lokasi latihan yang mampu melahirkan ramai bakat dalam arena permotoran negara sama ada kereta atau motor.

“SIC bukan hanya melahirkan pelumba kereta atau motor, tetapi juga kumpulan sokongan dalam arena permotoran untuk perlumbaan dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, beliau dan rakan-rakan yang lain gembira kerana mendapat tunjuk ajar daripada Mokhzani yang dilihat telah berjaya membentuk SIC sehingga apa yang dikecapi sekarang.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas banyak sumbangan yang diberikan kepada SIC, acara-acara kelas dunia di sini dan juga terhadap arena permotoran negara,” katanya.

Related Articles