Mohon maaf atau ke mahkamah, Jamal beri amaran pada Khalid

Beliau bertegas untuk Khalid memohon maaf secara rasmi dalam tempoh 24 jam dan sekiranya Khalid gagal untuk berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan guaman di mahkamah.

“Saya dengan ini menuntut beliau menarik balik kenyataan Jamal Jamban Jamal Pak Tongkol, Jamal Samseng dan mengaitkan saya dgn serangan terhadap beliau di perkarangan Parlimen, yang secara terang menghina serta menyerang kata kata kepada saya.

“Saya juga memberi tempoh 24 jam untuk beliau respon perkara ini di media dan saya akan menyusul arahan untuk peguam saya menuntut kepada beliau satu permohonan maaf secara rasmi mengikut kaedah yang saya tetapkan,” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Khalid di dalam sidang medianya mendakwa serangan yang berlaku tempoh hari di Parlimen mempunyai kaitan dengan Jamal.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar menafikan tuduhan Khalid itu malah turut menyifatkan tuduhan ahli parti Amanah itu sebagai tidak berpatutan.

“Adalah dengan ini saya menegaskan dengan sekeras-kerasnya bahawa tiada sebarang elemen yang boleh beliau sangkut pautkan kepada saya insiden terbabit malahan tidak berpatutan untuk beliau selaku Ahli Parlimen melabel saya bagi mewajarkan ucapan beliau pada sidang media terbabit.

“Kegagalan beliau melaksanakan apa yang dikomunikasikan akan terjumlah kepada satu tindakan guaman kelak di Mahkamah,” tegasnya lagi.

 

Related Articles