Misteri histeria di SK Pasoh 3

Lebih memburukkan keadaan, murid yang mengalami histeria menunjukkan perangai seperti harimau dengan mencakar-cakar dinding dan bergaduh sesama mereka setiap kali diserang histeria.

Situasi itu sekali gus menyebabkan kira-kira 24 guru dan 237 murid di sekolah berkenaan terpaksa berhadapan dengan detik yang menakutkan hampir setiap hari.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Pasoh 3, Yusof Mas Muda berkata, serangan histeria itu bermula dengan kejadian seorang murid perempuan mengadu sakit perut pada waktu rehat, 5 Ogos lalu.

“Murid itu kemudian diserang histeria. Situasi itu kemudian melarat kepada murid lain hampir setiap hari.

“Sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan murid akan diserang histeria hampir setiap hari, memetik laporan Kosmo Online.

Related Articles