Minyak masak dan pengurusan perhubungan awam

Bukankah lebih baik penghapusan minyak masak ini dilakukan serentak dengan pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia?

Alangkah manisnya jika dalam Bajet 2017 lalu Perdana Menteri mengumumkan, “kerajaan berhasrat meneruskan usaha rasionalisasi subsidi bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan, mewujudkan budaya ekonomi yang mapan dan berdaya saing serta memberi subsidi mahu pun bantuan kepada mereka yang berhak.

Untuk itu, kerajaan akan menghapuskan subsidi minyak masak yang pada hari ini subsidinya dapat kepada pihak peniaga bukan rakyat miskin.

Sebagai mengurangkan bebanan rakyat miskin kerajaan akan menaikkan BR1M dari RM 1,000 kepada RM 1,200. Ini akan memberi subsidi minyak masak secara langsung kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah.

Penghapusan subsidi ini membolehkan sejumlah RM 1 bilion lebih disalurkan kepada sektor lebih memerlukan seperti kos memberi perkhidmatan kesihatan percuma yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Cara KPDNKK menangani kaedah penghapusan subsidi minyak masak ini sangat mengecewakan. Seolah-olah tiada perancangan menyebabkan ada peniaga menyembunyikan minyak masak menunggu tarikh subsidi dihapuskan untuk menjual dengan harga yang lebih tinggi.

Nasi sudah jadi bubur

 

Dipetik dari Facebook Ab Jalil Backer

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related Articles