Militan Abu Sayyaf bebas 10 anak kapal warga Indonesia

“Kesemua mereka berada dalam keadaan sihat ketika ditinggalkan di hadapan rumah gabenor wilayah Sulu di banda Jolo pada petang Ahad,” kata Ketua Polis Jolo, Junpikar Sitin.

10 lelaki berkenaan kemudian dibawa ke kem tentera Filipina dan urusan penyerahan kepada pegawai Indonesia sedang dijalankan.

Datuk Bandar Jolo, Hussin Amin mengalu-alukan pembebasan rakyat Indonesia itu dan berkata, pihaknya tidak pasti sama ada wang tebusan telah dibayar.

“Jika pembebasan ini adalah melalui pemberian wang tebusan, maka pihak tersebut menyokong penuh aktiviti Abu Sayyaf.

“Wang tersebut akan digunakan untuk membeli lebih banyak senjata api dan akan digunakan sebagai dana mobilisasi penyenayah ini,” kata Hussin memetik laporan AP

Sementara itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengucapkan terima kasih kepada Filipina dan ramai pihak di Indonesia yang bekerjasama untuk pembebasan tebuasan.

Pada sidang media di istana presiden di wilayah bandar Jawa Barat Bogor, Jokowi berkata, kerajaan terus bekerja untuk melepaskan empat warga Indonesia lain yang menjadi tebusan oleh suspek militan Abu Sayyaf dalam kejadian berasingan bulan lalu.

Seorang pegawai tentera Filipina yang telah membantu menangani penculikan oleh Abu Sayyaf berkata, seorang komander pemberontak daripada Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, yang telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Filipina, membantu berunding dengan Abu Sayyaf untuk melepaskan 10 warga Indonesia tersebut.

Related Articles