MIC hasrat tanding di Sabah

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, dapat mempertimbangkan permintaan itu.

“Datuk V. Jothi (pengerusi MIC Sabah) ada minta agar MIC Sabah mainkan peranan yang lebih di Sabah… kami harap Ketua Menteri Sabah akan beri perhatian sewajarnya supaya masyarakat India yang ada di sini diberi peluang memainkan peranan dalam politik di Sabah dengan lebih bermakna,” katanya.

Beliau yang berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC Sabah Ke-18, semalam berkata selain membantu masyarakat India dari segi memenuhi harapan dan hasrat mereka di negeri ini, MIC juga boleh menyumbang kepada pembangunan Sabah pada keseluruhannya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan berkata, dalam tempoh beberapa hari lepas tidak ada kes baharu Zika dikesan di negara ini. – Tamil Malar

Related Articles