MIC diberi jawatan dalam GLC menggantikan kerusi dalam Parlimen, DUN?

Selain itu, akhbar tempatan itu juga menerima maklumat bahawa MIC akan mendapat jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, menggantikan kerusi dalam parlimen dan DUN.

Dalam pilihan raya umum ke-14 nanti,  beberapa kejutan akan berlaku, maka kepimpinan Barisan Nasional akan mengambil tindakan serta-merta.

Makkal Osai yang melaporkan berita itu berkata,  pihak Barisan Nasional telah membuat keputusan bahawa adalah mustahil bagi MIC untuk menang di kawasan majoriti kaum Melayu.

Katanya, beberapa kawasan yang MIC tidak dapat menang telah dikenal pasti, oleh itu bagi menggantikan kerusi parlimen dan dun,  jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan akan diberi.

Terdapat beberapa pemimpin mula ‘berkhidmat’ di kawasan parlimen dan DUN masing-masing bagi memastikan mereka menang dalam PRU 14.

Oleh itu, adakah MIC akan kalah? Atau menang bergantung kepada pucuk kepimpinan parti. – Makkal Osai

Related Articles