MIC tuntut kerusi DUN Cangkat Jering

Mereka mahu kerusi DUN dibawah Parlimen Bukit Gantang itu diberikan kepada MIC untuk bertanding kali ini.

Kerusi itu menjadi kubu kuat BN sebelum ini tetapi selepas 2008, UMNO bertanding di kerusi itu dan kalah untuk dua pilihan raya seterusnya sehingga 2013.

Di Bukit Gantang terdapat 7,000 pengundi India dan 50 peratus atau 3,500 orang daripadanya merupakan pengundi Changkat Jering.

Pada PRU lalu, tiada kerusi yang diberikan kepada MIC dari Utara Perak. Jika DUN Changkat Jering yang mempunyai jumlah pengundi India ramai diberikan kepada MIC, peluang merampas kerusi itu daripada pembangkang adalah sangat cerah.

Demikian harapan yang diberikan Ketua Bahagian MIC Bukit Gantang K. Shanmugaveloo.

UMNO diharap memberikan kerusi berkenaan di bawah rinsip pertukaran kerusi DUN dengan MIC.

MIC perlu membawa tuntutan ini kepada Barisan Nasional.

Beliau mengadakan Persidangan Tahunan ke-23 MIC Bahagian Bukit Gantang semalam.

Dalam persidangan itu beberapa usul dibincang dan diluluskan antaranya perobohan kuil hindu perlu dihentikan selepas ini selain meningkatkan pengambilan 10 peratus India dalam penjawatan awam di Perak.

“Sedih dan kecewa walaupun populasi India di Perak pada kadar 13 peratus tetapi penyertaan mereka dalam sektor awam hanya 5 peratus dan senario ini harus diubah segera,” katanya lagi. – Tamil Nesan

Related Articles