MIC cadang kuota kaum India dipertingkat dalam sektor awam

Subramaniam yang merupakan presiden parti komponen Barisan Nasional (BN), MIC mencadangkan perkara tersebut dan berhasrat untuk melihat pelaksanaannya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau turut berkata Dana Putaran Mikro Kredit Padu berjumlah RM500 juta dikekalkan bagi membantu usahawan masyarakat India.

“Saya mencadangkan kontraktor India diberi peratusan tertentu dalam projek serta perolehan kerajaan,” katanya dalam ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada Ahad.

Perhimpunan tersebut telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Related Articles