MIC berisiko hilang kerusi di Johor

Empat kerusi DUN yang dimaksudkan ialah DUN Gambir, Kahang, Tenggaroh dan Puteri Wangsa.

MIC menang di kerusi Gambir , Kahang dan Tenggaroh manakala tewas di kerusi Puteri Wangsa pada PRU-13 lalu.

Kini MIC memiliki tiga kerusi DUN dan sebuah kerusi Parlimen.

Menjelang PRU-14 nanti, MIC dikatakan hanya akan diperuntukkan tiga kerusi DUN oleh BN Johor menurut sumber.

Oleh demikian, MIC dikatakan dinasihati supaya bersatu sebagai satu pasukan tanpa perbalahan dalaman dan meningkatkan sokongan komuniti India sebelum PRU-14 bagi mempertahankan ketiga-tiga kerusi daripada kehilangannya.

Malah, jawatan Senator yang diutamakan untuk wakil di Johor, disaran supaya diberikan kepada MIC dan Presiden MIC dikatakan telah diminta untuk mengambil langkah sewajarnya untuk tujuan itu. – Malaysia Nanban

Related Articles