14
Perbadanan Penyiaran Cyprus melaporkan terdapat 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan itu.
Terdahulu, laporan menyatakan 80 hingga 81 penumpang berada dalam pesawat berkenaan.
Menurut laporan stesen penyiaran berita BBC, pesawat itu dirampas sebaik sahaja berlepas dari Iskandariah dan mendarat di Lapangan Terbang Larnaca.
Sekurang-kurangnya seorang lelaki dalam pesawat berkenaan dipercayai bersenjata.
Difahamkan rampasan berlaku di wilayah maklumat penerbangan Cyprus dan penerbangan itu dilencongkan ke Larnaca.
Pesawat berkenaan adalah Airbus A320. – Reuters