Menteri dipecat kerana harga barang naik

Raja Salman memecat Hussayen pada Sabtu dengan jawatan itu akan dipangku oleh Menteri Pertanian, Abdel Rahman al-Fadli buat sementara waktu, lapor agensi berita rasmi SPA.

Pemecatan itu dilakukan selepas kerajaan negara Arab itu mengurangkan subsidi elektrik, air dan perkhidmatan lain untuk rakyatnya, susulan kejatuhan harga minyak dunia.

Mac lalu, Arab News melaporkan bahawa Hussayen menggesa rakyat untuk mendapatkan permit untuk menggali telaga mereka sendiri selepas berdepan dengan aduan rakyat mengenai peningkatan bil air.

Awal bulan ini, ahli Majlis Syura negara itu dilaporkan turut tidak yakin dengan penjelasan Hussayen dan pegawainya berhubung isu tersebut.

Pada Disember, beberapa siri pembaharuan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini diguna pakai dalam kerajaan yang terjejas teruk akibat kejatuhan mendadak harga minyak dunia sejak dua tahun lalu.

Pemangku Raja, Mohammed bin Salman dijangka akan membuat pengumuman pada 25 April berhubung program mempelbagaikan ekonomi negara itu yang bergantung 70 peratus kepada minyak sebagai hasil negeri.

Related Articles