Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata menteri besar itu kini sedang berehat di bawah pemantauan doktor pakar.
“Doakan beliau (Ahmad) cepat sembuh untuk kembali bersama rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengenai punca berlaku pendarahan tersebut, beliau berkata menteri besar itu hanya menyedari berlaku pendarahan berkenaan beberapa hari lalu. Ahmad dimasukkan ke HUSM pada pukul 11.30 pagi semalam.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga turut mendoakan beliau diberikan kesihatan baik setelah selamat menjalani pembedahan tersebut.
“Alhamdulillah, saya dimaklumkan MB (Menteri Besar) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah selamat jalani pembedahan. Moga diberikan sebaik kesihatan oleh ALLAH SWT,” katanya, memetik laman Twitter miliknya. -Bernama