Mohd Pirdaus Azizan, 31, dilaporkan mStar Online hari ini sebagai berkata, hatinya menjadi hiba selepas anak lelakinya berumur empat tahun itu menangis kelaparan.
Katanya, pada hari kejadian pada 9 Mac lalu, dia bersama tiga anaknya itu sedang berada di rumah dan seorang daripada anaknya mula menangis akibat lapar.
“Kami berjalan-jalan dan lalu di pasaraya Tesco Alma. Oleh kerana saya tak cukup duit dan tidak mahu mengemis atau membebankan orang lain, saya hanya berjalan masuk ke dalam dan memasukkan beberapa makanan ke dalam beg saya.
“Apabila saya ditangkap oleh pengawal dan disoal siasat oleh pengurus kedai, saya mengaku kesalahan saya dan menunjukkan laporan perubatan isteri saya yang saya bawa bersama di dalam beg setiap hari.
“Pengurus itu telah menghubungi polis tetapi selepas memeriksa latar belakang saya, dia membatalkan laporan polis itu, sebaliknya menawarkan saya pekerjaan di pasaraya besar itu.