Dødsing, atau ‘terjunan maut’, adalah sukan ekstrem Norway yang mengundang pemain berani mati untuk melompat dari papan lompat setinggi 10 meter dengan tangan dan kaki mereka kekal dalam bentuk X. Matlamatnya adalah untuk mengekalkan posisi tersebut selama yang boleh dan melengkongkan badan sedikit sebelum mengenai permukaan air untuk mengelakkan kecederaan.
Pada Kejohanan Dunia Dødsing, pertandingan aneh yang diadakan setiap musim panas sejak tahun 2008, penyelam yang kekal mendatar paling lama semasa melompat adalah pemenangnya.
Tetapi akibat terlalu ramai penerjun dødsing yang berani pada kejohanan dunia, hakim juga perlu mengambil kira faktor-faktor lain, seperti kelajuan, ketinggian dan kuasa lompatan, keaslian gaya lompatan dan percikan yang dihasilkan apabila mengenai permukaan air.
Sukan yang menyakitkan ini dipercayai direka pada tahun 1960-an, di kompleks kolam renang Frognerbadet yang terkenal di Oslo, oleh sekumpulan remaja yang cuba untuk menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakan mereka.
Kejohanan Dødsing yang pertama hanya disertai enam penerjun dan kira-kira sedozen penonton, tetapi selepas penubuhan Det Internasjonale Dødseforbundet (The International Dødsing Association) pada tahun 2011, popularitinya meningkat dengan cepat.
Hari ini, Kejohanan Dødsing Dunia yang diadakan di Frognerbadet adalah satu acara yang besar, yang menampilkan hampir 100 penerjun dan beribu penonton.
Ia tidak mengejutkan bahawa populariti mula merebak ke seluruh Eropah. Ianya menyeronokkan untuk menonton, seperti yang disahkan oleh beribu-ribu penonton yang berkumpul setiap tahun untuk melihat siapa yang boleh membuat percikan terbesar.
Ianya juga menyeronokkan bagi para penerjun walaupun mereka mengakui bahawa apabila keluar dari kolam renang, badan mereka akan dipenuhi lebam.