Membawa tema ‘Memperjuangkan Harapan Orang Kuale’, lima tumpuan ataupun agenda terbabit sememangnya menjadi hasrat masyarakat Kuala Kangsar.
Lima tawaran yang dikemukakan Mastura kepada pengundi Kuala Kangsar antaranya, menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) menjadi universiti awam.
Menyegerakan kelulusan projek jambatan Manong yang menjadi keperluan mendesak masyarakat kawasan itu.
Menaik taraf Hospital Kuala Kangsar menjadi hospital pakar selain akan memohon peruntukan bagi membesar dan melebarkan Jalan Kuala Kangsar-Manong.
Selain itu salah satu agenda yang menjadi impian bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar untuk mengangkat lembah tebing Sungai Perak sehingfa bertaraf antarabangsa turut diberi perhatian oleh Mastura.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad dalam nahas insiden helikopter 5 Mei lalu.