MCA memalukan, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, parti komponen Barisan Nasional (BN) itu juga tidak berprinsip dan membodek Najib apabila mengatakan Malaysia akan diperintah Perdana Menteri Cina sekiranya Umno tewas kepada DAP.

“MCA tidak harus bercakap soal prinsip kerana parti itu merebut peluang. Ini bukan MCA zaman Tan Cheng Lock. MCA hanyalah sampingan kepada Umno dan Najib yang rasis sekarang.

“Bagi MCA semua yang Najib lakukan adalah okay. Jadi teruslah bersama Najib. Dan itu bermakna MCA tidak berprinsip. DAP menyatakan prinsip mereka untuk pilihan raya yang bersih, demokrasi dan berjuang menuntut kerajaan yang bersih. MCA juga kleptokratik seperti Najib,” kata Dr Mahathir di laman blog miliknya, www.chedet.cc.

Dr Mahathir turut memuji DAP sebagai parti berbilang kaum yang menyokong peruntukan dalam Perlembagaan seperti sistem monarki, hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Sambutan ulang tahun DAP ke-50 juga dilaksanakan menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya,” kata Dr Mahathir lagi.

Related Articles