MCA dan GERAKAN isi borang calon

by SM Amin

Bagaimanapun ada berita lain pula yang mengatakan terdapat pertikaian dalaman GERAKAN Pulau Pinang, kononnya parti Pusat dan jawatankuasa negeri gagal mencapai persetujuan di beberapa kawasan sehingga tidak dapat memuktamadkan calon.

Menurut maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, calon MCA yang telah dimuktamadkan telah mengisi borang maklumat dan kali ini paling ramai muka baharu yang akan bertanding PRU14 dalam usaha parti itu untuk memecahkan angka “sifar” di Pulau Pinang. MCA Pulau Pinang mempunyai empat kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN.

Menurut sumber, meskipun lebih 80 peratus calon adalah muka baharu, namun mereka sebenarnya sejak awal lagi sudah selama ini memberikan perkhidmatan kepada rakyat setempat. Oleh yang demikian, bagi rakyat, mereka bukanlah orang asing.

Seorang pemimpin MCA vateran berkata, ramai orang bimbang jika “muka lama” yang tidak dipilih akan melakukan sabotaj tetapi beliau pula berpendapat isu tersebut sepatutnya tidak wujud kerana sebahagian besar muka lama berundur atas kerelaan hati dan mereka ini akan memberi sokongan penuh kepada calon baharu.

Sementara itu bagi GERAKAN pula masih ada senarai calon yang masih belum mencapai persefahaman. Walaupun Pengerusi GERAKAN negeri, Teng Chang Yeow memberitahu bahawa senarai penyelaras akan diumumkan pada bulan Oktober, namun sehingga kini tiada sebarang berita mengenai senarai tersebut meskipun ia sudah lama dihantar kepada Pusat.

Meskipun Presiden GERAKAN, Mah Siew Keong campur tangan untuk menyelesaikan isu namun ia masih tidak dapat menyelesaikan pertikaian calon pilihan Pusat dan pilihan akar umbi. Sumber juga menjelaskan walaupun calon telah mengisi borang, namun bila-bila masa sahaja nama calon boleh ditukar atas sebab-sebab tertentu. – Guang Ming Daily

Related Articles