MCA bantah usul persempadanan semula

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini kerana usul berkenaan dilihat untuk berkepentingan sesuatu kaum, maka pihaknya akan mengemukakan cadangan balas kepada suruhanjaya itu.

“Malaysia sebuah Negara yang terdiri daripada berbilang kaum, tetapi butiran syor persempadanan semula yang diumumkan SPR miggu lalu itu bukan petanda baik bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Beliau yang memberitau media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat MCA di ibu negara pada Selasa, berkata, cadangan SPR itu menjejaskan 26 daripada 40 kerusi Parlimen parti yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Laporan berita The Star yang memetik Tiong Lai sebagai berkata, kesan darisegi peralihan pengundi, sembilan kerusi akan menyaksikan perubahan 10,000 pengundi, 5,000 pengundi (lapan kerusi) dan 3,000 pengundi (tujuh kerusi). – Makkal Osai

Related Articles