MBJB Terima Emel Ancaman Bom

by Anis

KUALA LUMPUR: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pagi tadi gempar selepas menerima ancaman bom daripada individu bernama Takahiro Karasawa.

Datuk Bandar, Datuk Noorazam Osman berkata, pihaknya menerima satu emel daripada takahiro- karasawa@akita-h-story.jp yang berunsur ancaman bom pada jam 5.44 pagi tadi.Tetapi, kakitangan hanya membuka emel tersebut pada pukul 10 pagi.

Serentak itu, MBJB telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.bbd311cb-a7b7-407b-93ff-48883fe67b6eKakitangan MBJB diminta mengosongkan bangunan susulan laporan ancaman bom yang diterima pihak mereka pagi tadi.

Arahan pengungsian bangunan dan berkumpul di lokasi menunggu telah dikeluarkan kepada seluruh anggota MBJB dan orang awam di Menara MBJB sekitar jam 12.00 tengah hari ini sehingga pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak PDRM.

Lanjutan pemeriksaan menyeluruh dari pihak PDRM, anggota MBJB telah dibenarkan untuk kembali semula ke pejabat jam 2 petang tadi.

MBJB dalam kenyataannya berkata, polis mendapati ancaman yang diterima adalah palsu dan mengesahkan Menara MBJB selamat untuk beroperasi.

Menara MBJB kini telah beroperasi semula mengikut waktu pejabat. – MalaysiaGazette

Related Articles