15
Pertemuan yang berlangsung sekitar 10 minit itu, Ahmad Raziff memberi kata-kata semangat kepada Mastura yang menggalas cabaran BN.
Beliau turut mengimbau kenangan ketika bersama Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad sewaktu sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Ahmad Raziff yakin Mastura mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya dipilih selaku Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Kemudiannya, Menteri Besar Terengganu itu bertemu mata dengan jentera BN yang berpangkalan di kediaman Mastura.
Selain memberi kata-kata semangat, Ahmad Raziff berharap jentera dapat menjalankan tugas dengan baik bagi memastikan kemenangan Mastura.
Katanya, berkempen pada bulan Ramadan semestinya menjadi satu cabaran dan berharap jentera BN mampu menggalasnya dengan baik.