MB Terenganu ajak semua pihak terus bekerja demi rakyat

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak bersama bergerak ke hadapan, terus bekerja untuk kebajikan rakyat dan yang mustahak adalah bekerjasama serta terus memastikan perkhidmatan dan apa sahaja kerja yang kita buat adalah untuk kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Besut hari ini susulan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa beliau akan terus meneraju kerajaan Terengganu.

Najib berkata keputusan itu dibuat selepas beliau menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu untuk membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukannya selepas Sultan Terengganu melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa 22 April lalu.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. – Bernama

Related Articles