MB N9 keluar IJN

Katanya beliau kini berada dalam keadaan sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

“Saya ingin maklumkan bahawa saya sudah dibenarkan keluar dari IJN sebentar tadi, selepas pakar kardiologi berpuas hati dengan tahap kesihatan saya.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama mendoakan kesihatan saya,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Terdahulu, Mohamad dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang sihat ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Sabtu lalu.

Mohamad kemudian dihantar ke Pusat Perubatan NSCMH, di sini, sebelum dipindahkan ke IJN berikutan rekod perubatan lengkap beliau disimpan di situ.

Beliau sempat memberitahu pening kepala kerana mengambil ubat sakit perut yang terlalu kuat, hingga menyebabkan perut tidak selesa.

Related Articles