Mayat Warga Nepal Ditemui Terapung Di Sungai

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan dalam keadaan terapung di Kunci Air Sungai Klang, Seksyen 17, semalam.

Ketua Polis Shah Alam Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mayat warga Nepal itu, ditemukan dalam keadaan terlingkup dan lengkap berpakaian oleh orang awam melalui kawasan itu, pada 11.56 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan pihak forensik ke atas badan si mati yang turut menemui salinan passport Nepal dan mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Iqbal berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512. –Free Malaysia Today

Related Articles