Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman dalam satu sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontingen Sarawak di Kuching, pada Sabtu.
“Saya dimaklumkan dari kawasan operasi bahawa penemuan satu mayat lagi sedang diusahakan untuk dibawa ke sini
“Mayat dijumpai jam 3.26 petang, berada setengah kilometer dari mayat pertama yang dijumpai semalam.
“Untuk hari ini kita sudah temui mayat yang ketiga. Kita akan bawa ke Kuching dan serahkan kepada pihak hospital untuk membuat bedah siasat dan pengesahan.
Sabtu dalam sidang media yang sama turut mengesahkan mayat kedua yang ditemui hari ini adalah pegawal peribadi, Sobri Harun.
Menurut Sabtu, Sobri merupakan anggota polis dari Cawangan Pengiring Kuala Lumpur dan berasal dari Tetengganu.
“Mayat telah disahkan oleh pihak hospital. Kad kuasa polis bersama dengan mayat.
“Polis akan uruskan bawa jenazah ke Terengganu guna pesawat PDRM,” katanya.
Mengulas mengenai mangsa yang lain, Sabtu berkata usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan bergantung kepada keadaan cuaca, arus sungai dan buaya.
“Kawasan tersebut dikenali dengan kawasan banyak buaya.
“Harapan kita dapat kita ketemui badan yg lain sama hidup atau sudah meninggal dunia,” ujarnya.