Masyarakat India lebih penting berbanding jawatan menteri, kata Subramaniam

“Saya ingin menjadi seorang pemimpin yang menghormati perasaan kaum India,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program mingguan Vasantham yang diadakan RTM2.

Katanya lagi, beliau memegang jawatan menteri bagi berkhidmat untuk masyarakat India kerana beliau juga merupakan seorang pemimpin kaum India.

“Pada bila-bila masa sahaja, akan muncul persoalan sama ada nak kerajaan atau masyarakat?… dalam situasi demikian, jika saya tidak bersuara, masyarakat akan rosak. Jika bersuara, mungkin saya kehilangan jawatan sebagai menteri.

“Oleh itu, bagi saya masyarakat India menjadi keutamaan berbanding jawatan menteri,” katanya. –Makkal Osai

Related Articles